Rabu, 8 Januari 2014

Siapa yang layak menjana pendapatan dari rumah?



Assalammualaikum & salam sejahtera...

Sesiapa pun boleh menjana pendapatan dari rumah, lelaki, wanita, suri rumah, mereka bekerjaya, pelajar. Boleh dilakukan secara sambilan atau sepenuhnya. Namun, kelebihannya sudah tentu untuk wanita atau lelaki yang mahu lebih fleksibel dan tidak terkongkong.



Bagaimana pula jika tidak berjaya menjana pendapatan?
===========================================

Ok, semuannya atas perancangan dan usaha, tetapi tidak semua orang akan berjaya dengan apa yang dirancang. Katakanlah dalam tempoh setahun hingga dua tahun kalian gagal mengusahakan apa-apa pendapatan. Apa langkah seterusnya?



Bekerja secara sambilan
==================

Bekerja secara sambilan, dengan niat untuk menyimpan modal atau menambah kekurangan kewangan. Ini adalah kerana keperluan sokongan kewangan sentiasa ada. Kalian bebas menentukan jenis kerja yang sesuai yang boleh dilakukan secara sambilan.


Kembali bekerja
=============

Anda rasa putus asa dan memerlukan sumber kewangan sama ada untuk modal atau untuk membayar hutang piutang. Tidak salah untuk bekerja dengan niat untuk mengumpul modal tanpa perlu membuat pinjaman atau berhutang.



Sasaran dalam jangka masa pendek
==========================

Jika keinginan untuk kembali bekerja, boleh disasarkan untuk beberapa tahun sahaja. Katakanlah anda mahu mendapatkan modal dalam jumlah tertentu dalam tempoh tertentu. Jadi boleh kembali bekerja dengan niat asal tersebut. Apabila matlamat jangka pendek sudah selesai, kalian boleh meneruskan usaha menjana pendapatan dari rumah.

Meluaskan rangkaian (networking)
==========================

Katakanlah anda adalah suri rumah yang tidak pernah bekerja dan tidak mempunyai apa-apa pengalaman luar. Jadi tidak salah untuk bekerja dalam tempoh tertentu untuk membina rangkaian kenalan dan jaringan dalam bidang yang anda akan fokus ketika bekerja sendiri kelak.


Tambah pengalaman, kemahiran, pengetahuan
====================================

Anda rasa masih belum berpuas hati dengan kemahiran dan pengalaman yang ada. Jadi, boleh bekerja secara sambilan atau sepenuh masa untuk mengasah kembali kemahiran dan ingin belajar perkara baru.


Mencari perubahan baru

===================

Selepas berhenti kerja, anda ditawarkan dengan gaji lumayan. Boleh mempertimbangkan hal tersebut, tetapi niat asal sudah tentun akan kembali ke pangkuan keluarga. Saat kritikal yang diperlukan adalah semasa proses anak-anak membesar dan juga semasa anak-anak mula bersekolah. Ini boleh dirancangan daripad awal.

Semuannya ada pilihan kita sendiri, tidak kira apa pun cara dan bagaimana menjana pendapatan dari rumah..

the mostly paling-paling penting 
adalah hasil tersebut haruslah halal & betul caranya...

biar lambat, asal selamat dunia akhirat..

jangan menipu @ menindas orang lain

tue paling penting.

itu sebabnya wujudnya JDR

satu platform yang menawarkan jawatan-jawatan @ kerja kosong yg boleh dilakukan di rumah..

sila layari 
========




Salam kasih sayang
dari saya

Ahad, 5 Januari 2014

MITOS TENTANG BERKERJA DARI RUMAH



Kali ini saya ingin berkongsi 3 mitos yang selalu bermain di fikiran wanita & lelaki yang ingin mula bekerja atau berniaga dari rumah.

1. Perlu ada modal baru boleh mula bisnes

Ramai yang mengambil andaian, kalau ada modal bersumberkan pinjaman barulah boleh mula bisnes.  Modal pinjaman ada risiko sekiranya bisnes anda gagal dan anda menanggung hutang selain perlu bertarung untuk memastikan bisnes terus bertahan

Jalan paling selamat menggunakan modal minima bersumberkan simpanan sendiri.

Cara lain dengan membeli emas dan jadikan ia sebagai salah satu sumber modal,  maksudnya anda berhutang pada diri sendiri. Contohnya anda membuat simpanan RM1000 sebulan selama 10 bulan dan beli emas bernilai RM10,000.

Emas tersebut boleh digadai untuk mendapatkan wang modal yang ingin digunakam dan anda boleh mendapatkannya semula selepas hutang selesai. Emas dapat modal juga dapat. 

2. Kerja sendiri fleksibel dan lebih masa rehat

Pada tiga tahun pertama anda tidak boleh ambil mudah dan menggunakan sesuka kemuduhan masa fleksibel. Sebaliknya jadikan ia sebagai tahun-tahun awal kerja keras agar usaha sukses untuk memastikan bisnes berkembang

3. Perlu berhenti kerja dahulu baru boleh tumpu bisnes

Ramai yang mempunyai persepsi tidak boleh menguruskan kerja dalam dua perkara.Jadi mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mahu menumpukan sepenuh masa kepada kerja sendiri atau bisnes.

Jalan paling selamat ialah lakukan secara sambilan terlebih dahulu, sudah ada pulangan hasil barulah meletak jawatan. 

Namun zaman sekarang serba canggih, dgn ada platform terbaik jobdirumah yang menawarkan mengiklankan jawatan2 kosong dimana majikan serta syarikat memerlukan pekerja di rumah.

Untuk lebih banyak tips yang menarik dan lengkap,



Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa Lagi <3