Ahad, 5 Januari 2014

MITOS TENTANG BERKERJA DARI RUMAH



Kali ini saya ingin berkongsi 3 mitos yang selalu bermain di fikiran wanita & lelaki yang ingin mula bekerja atau berniaga dari rumah.

1. Perlu ada modal baru boleh mula bisnes

Ramai yang mengambil andaian, kalau ada modal bersumberkan pinjaman barulah boleh mula bisnes.  Modal pinjaman ada risiko sekiranya bisnes anda gagal dan anda menanggung hutang selain perlu bertarung untuk memastikan bisnes terus bertahan

Jalan paling selamat menggunakan modal minima bersumberkan simpanan sendiri.

Cara lain dengan membeli emas dan jadikan ia sebagai salah satu sumber modal,  maksudnya anda berhutang pada diri sendiri. Contohnya anda membuat simpanan RM1000 sebulan selama 10 bulan dan beli emas bernilai RM10,000.

Emas tersebut boleh digadai untuk mendapatkan wang modal yang ingin digunakam dan anda boleh mendapatkannya semula selepas hutang selesai. Emas dapat modal juga dapat. 

2. Kerja sendiri fleksibel dan lebih masa rehat

Pada tiga tahun pertama anda tidak boleh ambil mudah dan menggunakan sesuka kemuduhan masa fleksibel. Sebaliknya jadikan ia sebagai tahun-tahun awal kerja keras agar usaha sukses untuk memastikan bisnes berkembang

3. Perlu berhenti kerja dahulu baru boleh tumpu bisnes

Ramai yang mempunyai persepsi tidak boleh menguruskan kerja dalam dua perkara.Jadi mengambil keputusan meletakkan jawatan dan mahu menumpukan sepenuh masa kepada kerja sendiri atau bisnes.

Jalan paling selamat ialah lakukan secara sambilan terlebih dahulu, sudah ada pulangan hasil barulah meletak jawatan. 

Namun zaman sekarang serba canggih, dgn ada platform terbaik jobdirumah yang menawarkan mengiklankan jawatan2 kosong dimana majikan serta syarikat memerlukan pekerja di rumah.

Untuk lebih banyak tips yang menarik dan lengkap,



Sekian dulu untuk kali ini. Jumpa Lagi <3 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan